Thursday, December 17, 2009

18-12-09: PENGUMPULAN/ANALISIS DATA

Berdasarkan buku Teachers Doing Research: An Introductory Guidebook, teknik pengumpulan data yang dinyatakan adalah:



1. Pemerhatian

  • Pemerhatian merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar ataupun tidak sedar. Ia melibatkan proses mengumpulkan maklumat dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa. Kemudian, hasil pemerhatian tersebut ditunjukkan dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Sebagai penyelidik mereka perlu dilatih dalam teknik pemerhatian yang berkesan supaya dapat melakukan pemerhatian secara terancang dan sistematik. Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila (1) ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian, (2) dirancang dengan rapi, (3) direkod secara sistematik dan (4) diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.

2. Temubual

  • Temubual memerlukan pengkaji untuk mengumpulkan maklumat dengan cara berhubung secara terus dengan orang lain sama ada secara bersemuka, melalui panggilan telefon ataupun melalui penggunaan internet. Kahn dan Cannel (1957) (dalam Marshall dan Rosman) mendefinisikan temubual sebagai ‘perbualan dengan bertujuan’ (conversation with a purpose). Tujuan utama temubual adalah untuk mendapatkan maklumat khusus.
3. Soal Selidik


4. Ujian

Thursday, December 10, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KT

KERANGKA TEORITIKAL

Penyataan masalah bagi kajian adalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.
  • Kaedah Mengajar
Berdasarkan kursus kaedah mengajar, strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah video interaktif.

  • Psikologi Pendidikan

1. Teori Konstruktivisme

Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula, Teori Konstruktivisme digunakan bagi mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan. Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.


2. Teori Pembelajaran Peniruan

Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1925) yang menekankan berkenaan dengan Teori Pembelajaran Peniruan.

Berdasarkan teori ini, apabila guru ingin memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah jualan, guru boleh menggunakan video interaktif yang memaparkan empat aktiviti jual beli yang menunjukkan empat jenis kaedah jualan. Selepas itu, guru meminta pelajar supaya melakonkan semula aktiviti jual beli yang telah mereka tonton supaya pelajar dapat memahami dan dalam masa yang sama mengingat jenis-jenis jualan tersebut.


KERANGKA KONSEPTUALKERANGKA OPERASIONAL

  1. Guru mengajar sesuatu tajuk dengan memperkenalkan fakta dan tema utama
  2. Guru menunjukkan video mengenai perdagangan dan keusahawanan
  3. Pelajar duduk di dalam kumpulan heterogeneous
  4. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan
  5. Guru memantau perbincangan
  6. Pelajar diberi kuiz
  7. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dengan kuiz yang sebelumnya
  8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan tertinggi menerima ganjaran
** Proses diulangi pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran


Rujukan:

Nota Teori Pembelajaran (pg132 & pg142), OUM.





Sunday, December 6, 2009

AKTIVITI 12: PEMURNIAN

Berdasarkan maklumbalas, penambahbaikan yang dapat kami kenalpasti adalah seperti di bawah:

Tajuk:

"Video Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran".

Pernyataan Masalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.

Tujuan Kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Perdagangan dan Keusahawanan lebih menarik dan efektif

Objektif Kajian:
  1. Mengkaji samada penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah kaedah konvensional kepada terkini
  2. Mengetahui tahap pemahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan
  3. Menilai samada penggunaan video interaktif dapat meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Perdagangan dan Keusahawanan
Bentuk Soalan kajian:

  1. Adakah kaedah konvensional dapat diubah kepada kaedah terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan video interaktif?
  2. Adakah pemahaman pelajar dapat dipertingkatkan dengan penggunaan video interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran?
  3. Adakah minat pelajar dapat ditingkatkan dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dengan penggunaan video interaktif?

L.R link:

http://www.itvdictionary.com/definitions/interactive_video_definition.html

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10:TUGASAN 1: BUKU

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN


- Berdasarkan buku Teachers Doing Research: An introductory Guidebook yang ditulis oleh R.Murray Thomas, masalah kajian tindakan boleh dikenalpasti melalui sebarang persoalan yang timbul daripada sesuatu peristiwa sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Ianya mestilah berhubungkait dengan apa yang diajar, untuk siapa ia diajar, dan sebagainya.

- Sumber permasalahan dari dalam kelas termasuklah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar, dan potensi untuk mempertingkatkan kelemahan yang boleh dilakukan di dalam proses pembelajaran.

- Setiap permasalahan kajian mestilah diikuti dengan persoalan yang mana kajian yang dilakukan mestilah memberikan jawapan kepada permasalahan dan persoalan tersebut.

  • BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN:

Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut;

  1. Menentukan topik kajian - ia termasuklah permasalahan dan juga persoalan kajian yang dilakukan
  2. Membina kajian literatur - mendapatkan literatur daripada pangkalan data ilmiah seperti Academic Search Elite, Educational Resources Information Center (ERIC), master file (data yang diperolehi daripada perpustakaan yangmempunyai lebih daripada 1,840 jurnal) , dan surat khabar.
  3. Mengenalpasti medium komunikasi (cara pengumpulan maklumat) - Penulis mencadangkan penggunaan world wide web (internet), kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Maklumat dikumpulkan melalui pemerhatian, penyaksian, rakaman audio dan video, temubual, dan soal selidik
  4. Meringkas dan mentafsir dapatan kajian- maklumat dan dapatan kajian dinyatakan dan dipaparkan sama ada dalam bentuk jadual, graf, peratusan, carta, dan peta.
  5. Melaporkan dapatan kajian - menurut penulis dapatan kajian dilaporkan sama ada dalam bentuk pembentangan, tesis, jurnal, buletin, buku, dan sebagainya.