Friday, December 4, 2009

AKTIVITI 10:TUGASAN 1: BUKU

MENGENALPASTI MASALAH KAJIAN TINDAKAN


- Berdasarkan buku Teachers Doing Research: An introductory Guidebook yang ditulis oleh R.Murray Thomas, masalah kajian tindakan boleh dikenalpasti melalui sebarang persoalan yang timbul daripada sesuatu peristiwa sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas. Ianya mestilah berhubungkait dengan apa yang diajar, untuk siapa ia diajar, dan sebagainya.

- Sumber permasalahan dari dalam kelas termasuklah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar, dan potensi untuk mempertingkatkan kelemahan yang boleh dilakukan di dalam proses pembelajaran.

- Setiap permasalahan kajian mestilah diikuti dengan persoalan yang mana kajian yang dilakukan mestilah memberikan jawapan kepada permasalahan dan persoalan tersebut.

  • BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN:

Prosedur kajian tindakan yang dilaksanakan adalah seperti berikut;

  1. Menentukan topik kajian - ia termasuklah permasalahan dan juga persoalan kajian yang dilakukan
  2. Membina kajian literatur - mendapatkan literatur daripada pangkalan data ilmiah seperti Academic Search Elite, Educational Resources Information Center (ERIC), master file (data yang diperolehi daripada perpustakaan yangmempunyai lebih daripada 1,840 jurnal) , dan surat khabar.
  3. Mengenalpasti medium komunikasi (cara pengumpulan maklumat) - Penulis mencadangkan penggunaan world wide web (internet), kaedah kualitatif dan juga kaedah kuantitatif. Maklumat dikumpulkan melalui pemerhatian, penyaksian, rakaman audio dan video, temubual, dan soal selidik
  4. Meringkas dan mentafsir dapatan kajian- maklumat dan dapatan kajian dinyatakan dan dipaparkan sama ada dalam bentuk jadual, graf, peratusan, carta, dan peta.
  5. Melaporkan dapatan kajian - menurut penulis dapatan kajian dilaporkan sama ada dalam bentuk pembentangan, tesis, jurnal, buletin, buku, dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment