Thursday, December 10, 2009

AKTIVITI 13: TUGASAN 4 MINI KT

KERANGKA TEORITIKAL

Penyataan masalah bagi kajian adalah:
  1. Amalan pengajaran guru sediada dalam subjek Perdagangan dan Keusahawanan dianggap konvensional.
  2. Semasa aktiviti pengukuhan (soal jawab) dijalankan, pelajar tidak dapat memberikan jawapan dengan tepat.
  3. Pelajar dilihat kurang berminat untuk mempelajari subjek Perdagangan dan Keusahawanan.
  • Kaedah Mengajar
Berdasarkan kursus kaedah mengajar, strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi ketiga-tiga masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah video interaktif.

  • Psikologi Pendidikan

1. Teori Konstruktivisme

Dalam kursus Psikologi Pendidikan pula, Teori Konstruktivisme digunakan bagi mengatasi masalah di atas. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.

Contohnya, sekiranya guru ingin mencungkil ciri-ciri usahawan di kalangan pelajar, guru boleh menayangkan video tentang produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan. Kemudian, guru memberikan bahan-bahan seperti straw, surat khabar dan sebagainya dan meminta pelajar mencipta sesuatu produk menggunakan bahan yang diberi. Melalui kaedah ini pelajar dapat membina pengetahuan mereka tentang rekacipta berdasarkan video yang ditayangkan dan kemudian menggunakan pengetahuan tersebut untuk mencipta sesuatu yang baru. Melalui teori ini secara tidak langsung guru dapat melihat ciri-ciri seperti kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.


2. Teori Pembelajaran Peniruan

Teori Pembelajaran Sosial telah diasaskan oleh Albert Bandura (1925) yang menekankan berkenaan dengan Teori Pembelajaran Peniruan.

Berdasarkan teori ini, apabila guru ingin memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah jualan, guru boleh menggunakan video interaktif yang memaparkan empat aktiviti jual beli yang menunjukkan empat jenis kaedah jualan. Selepas itu, guru meminta pelajar supaya melakonkan semula aktiviti jual beli yang telah mereka tonton supaya pelajar dapat memahami dan dalam masa yang sama mengingat jenis-jenis jualan tersebut.


KERANGKA KONSEPTUALKERANGKA OPERASIONAL

  1. Guru mengajar sesuatu tajuk dengan memperkenalkan fakta dan tema utama
  2. Guru menunjukkan video mengenai perdagangan dan keusahawanan
  3. Pelajar duduk di dalam kumpulan heterogeneous
  4. Lembaran kerja diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diselesaikan dalam kumpulan
  5. Guru memantau perbincangan
  6. Pelajar diberi kuiz
  7. Skor individu dikira dari segi skor peningkatan berbanding dengan skor dengan kuiz yang sebelumnya
  8. Kumpulan yang mencapai skor peningkatan tertinggi menerima ganjaran
** Proses diulangi pada setiap proses pengajaran dan pembelajaran


Rujukan:

Nota Teori Pembelajaran (pg132 & pg142), OUM.





No comments:

Post a Comment