Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI 9:TUGASAN 4: KT Mini

~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

1.Matlamat kajian:

Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek perdagangan lebih menarik dan efektif.

2.Bentuk objektif kajian :
- Meneroka aplikasi video dalam proses P&P subjek perdagangan.
- Menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek perdagangan

3. Bentuk soalan kajian:
- Bagaimana aplikasi video interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan.
- Adakah aplikasi video interaktif memberi sebarang kesan positif terhadap proses P&P.

Friday, November 20, 2009

AKTIVITI 8: TUGASAN 4 - KT Mini

~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~


Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran subjek:


Cadangan Individu:


Kendiri: Guru perlu melakukan refleksi atau meminta maklum balas daripada pelajar selepas video ditayangkan.

  • Sebagai contoh, guru bertanyakan soalan kepada pelajar ataupun membuat kuiz setiap kali selepas video ditayangkan. Guru juga boleh meminta maklum balas daripada pelajar tentang apa yang mereka perolehi daripada video tersebut. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru menilai objektif pengaplikasian video tersebut sama ada ia membantu dalam proses P&P ataupun tidak. Malahan, melalui cara ini juga guru dapat menguji pelajar sama ada mereka faham tentang topik yang ditayangkan ataupun mereka hanya tertarik dengan video tersebut.

Nurrul: Pengawalan sepenuhnya oleh guru di sepanjang proses P&P.

Noria: Guru perlu telus dan kaya penguasaan bahasa.


Cadangan Kumpulan:
  1. Keprihatinan guru dan pihak sekolah .
  2. Guru perlu bijak dan sentiasa mengambil peluang.


AKTIVITI 7: TUGASAN 4 - KT Mini

~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~

KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK:


Refleksi kendiri: Pelajar mungkin hanya tertarik dengan video ditayangkan tetapi tidak memahami apa yang cuba disampaikan melalui video tersebut.

Oleh Nurrul: Kekurangan peralatan dan kemudahan teknologi di sekolah

Oleh Noria: Isu guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan aplikasi video interaktif semasa proses P&P

Refleksi kumpulan:

1. Mencabar kredibiliti guru

2. Guru cetek kemahiran ICT

AKTIVITI 6: TUGASAN 4-KT Mini

~ Video Interaktif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan ~


KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK:

Refleksi individu:

Kendiri: Tayangan video boleh diulang banyak kali
  • Sekiranya pelajar tidak faham tentang apa yang dipelajari, tayangan video pengajaran tersebut boleh diulang tayang banyak kali. Malahan pelajar juga dapat melihat tayangan video tersebut di rumah dan mengulangkaji subjek perdagangan itu sendiri.
Oleh Nurrul: Dapat menjimatkan masa guru dan pelajar

Oleh Noria: Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik


Reflkesi kumpulan:

1. Menjana idea kreatif guru dan pelajar

2. Mengaplikasikan kemudahan teknologi sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran

3. Mampu mengubah cara pengajaran dan pembelajaran konvensional kepada moden

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI 5: PROFESSIONALISME GURU NOVIS

PROFESSIONALISME GURU NOVIS:

Apa itu guru novis?

Guru novis ialah guru yang serba baru di dalam profesion perguruan. Mereka bukan sahaja baru dalam perkhidmatan, juga baru dalam aspek pengajaran, kurikulum, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran kelas, pelajar dan sebagainya. Mereka juga dikategorikan sebagai guru sandaran terlatih (GST) (Zamri Mahamod, Norasmah Othman, Mohammd Sani Ibrahim (2007), Professionalisme guru novis, pg 3). Mereka tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini dan memerlukan pendedahan bagi menjadikan mereka guru novis yang berkualiti. Guru novis dianggap mempunyai kemahiran untuk memikul segala tanggungjawab dengan cekap.

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:
1. Dapat memperbaiki dan meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran
2. Dapat memperlihatkan perkembangan yang positif di antara guru dan pelajar
3. Dapat membantu guru menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
4. Dapat menambah pengetahuan guru
5. Dapat meningkatkan mutu keprofesionalisme perguruan

AKTIVITI 4: TUGASAN 4-Mini K.T

Cadangan tajuk untuk mini kajian tindakan:

"Video Interaktif di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Perdagangan"

Pernyataan masalah:

1. Amalan pengajaran guru sedia ada dianggap konvensional.
2. Penggunaan video dalam pengajaran adalah terhad dan tiada kepelbagaian.
3. Adakah minat pelajar terhadap matapelajaran perdagangan dapat dipertingkatkan melalui aplikasi video interaktif?

Peserta kajian:

-Pelajar Tingkatan 4 (kelas perdana)

Setting kajian:

-Bilik Darjah

AKTIVITI 3:TUGASAN 3: KOLOKIUM

SENARAI TAJUK PEMBENTANGAN KOLOKIUM
(perkongsian ilmu)


1. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud(Nor)

Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan kepentingan penggunaan Bahan Maujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan penggunaan bahan maujud. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Selain itu, pelajar juga akan cepat memahami topik yang akan diajar dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan iaitu kotak beracun. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan multimedia dapat menarik minat pelajar supaya terlibat secara aktif di dalam bilik darjah dan mengelakkan pelajar menjadi bosan dengan pembelajaran sebelum ini yang menggunakan konsep yang sama sahaja.


2. Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Satu Terhadap Subjek Sains
Melalui Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (Pbm) (Nor)

Kajian tindakan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar tingkatan satu terhadap subjek sains melalui kaedah pembelajaran berasaskan masalah (pbm). Pada pendapat saya, tajuk ini sesuai dengan objektif kajian tindakan. Ini kerana ia telah dapat menjadikan bilik darjah aktif kerana pelajar tertarik dengan suasana pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Pelajar juga sangat teruja dan menunjukkan reaksi berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan diajar oleh guru. Jadi tidak dapat disangkal lagi bahawa minat pelajar untuk belajar dapat ditingkatkan melalui pembelajaran bersasaskan masalah.



3. Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bermasalah Pendengaran Untuk Berkomunikasi Secara Lisan Dengan Menggunakan Kaedah ‘Verbal Repeatition’ Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran. (Farhana)

Perbincangan:
Kajian ini sesuai dengan kajian tindakan kerana kajian yang dilakukan adalah untuk tujuan penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran berkomunikasi secara 'verbal repeatition'.

4. Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi Melalui Kaedah ‘Congak Jawi’. (Farhana)

Perbincangan: kajian
ini sesuai dengan kajian tindakan kerana ia objektif kajian adalah untuk meningkatkan penguasaan dan minat pelajar terhadap jawi. Dalam erti kata lain ianya bertujuan untuk meningkatkan mutu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta ia memberikan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Penyelesaian yang diberi ialah dengan menggunakan kaedah congak jawi. Walaupun ia menggunakan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif, ia masih menepati konsep kajian tindakan.




5. Mengenal Huruf Hijaiyah dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Nasyid. (Nurul)


Perbincangan: Tajuk kajian yang sesuai kerana memenuhi erti kajian tindakan itu sendiri. Pengkaji dapat memperbaiki kaedah pengajaran guru melalui kajian (pemerhatian) yang dilakukan.


6. Meningkatkan Minat pelajar tingkatan 3 dan 4 dalam Pendidikan Kesihatan melalui Pembelajaran Koperatif. (Nurul)

Perbincangan: Tajuk kajian yang sesuai kerana memenuhi maksud kajian tindakan kerana dapat menambahbaik amalan pembelajaran pelajar didalam kelas. Pengkaji dapat menarik minat pelajar melalui kaedah pembelajaran koperatif bagi proses P&P Pendidikan Kesihatan.

Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL

Check out this SlideShare Presentation: ULASAN JURNALView more presentations from dpliukm.


JURNAL 1

Tajuk : Action research in the secondary science classroom: student response to differentiated, alternative assessment.


Abstrak:

Kajian tindakan yang dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi para pelajar untuk membezakan, model pemilihan penilaian di dalam kelas sains. Elemen-elemen seperti pilihan, meningkatkan pembelajaran dan menambah pengalaman adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan pelajar.


·
Pernyataan masalah

1. Bagaimana untuk melaksanakan perbezaan, penilaian pilihan dan melakukan kajian tindakan untuk memeriksa reaksi pelajar ke atas pelaksanaan model penilaian tersebut.

2. Untuk menentukan apakah perubahan yang boleh membawa kepada perbezaan dalam mengeluarkan pengayaan kefahaman di dalam kelas pengkaji.


  • Sampel dan setting kajian

Sampel kajian ini terdiri daripada 79 orang pelajar sekolah tinggi. Fasa kedua kajian pula melibatkan seramai 47 orang pelajar.

Setting kajian pula melibatkan pelajar sekolah tinggi dengan populasi pelbagai campuran 3,250 pelajar luar bandar, dan bandar. Pemeriksaan meluas dilakukan ke atas semua pelajar yang mengambil jurusan bumi dan ruang angkasa tetapi kajian ini menitikberatkan bidang astronomi, geologi, meteorology, dan hidrologi.

  • Prosedur melakukan kajian tindakan

1. Mengenalpasti masalah

2. Mencipta model penilaian

3. Melaksanakan model. Di dalam kajian ini untuk melaksanakan model guru menerangkan terlebih dahulu beberapa penilaian yang hendak dilakukan. Kemudian pelajar memilih jenis penilaian aktiviti yang mereka mahu dan memilih sama ada mahu bekerja sendiri atau dalam kumpulan kecil. Penilaian berterusan dilakukan di sepanjang semester.

4. Pelajar melaporkan perkembangan mereka secara berperingkat-peringkat di dalam rundingan meja bulat yang membolehkan adanya tindak balas.

5. Selepas tugasan selesai, pelajar dikehendaki membentangkan hasil kerja dan menghantar bahan kepada guru untuk dinilai.

6. Di akhir semester, data berkaitan tingkah laku dan kepercayaan pelajar dikumpulkan


· Pengumpulan dan analisis data


Maklumat dikumpulkan melalui tinjauan dan soal kaji selidik. Terdapat 24 soalan
tinjauan dan 3 soalan kaji selidik yang perlu dijawab oleh pelajar.

Data dianalisis menggunakan min, sisihan piawai dan bilangan responden.

  • Paparan kajian
  • Kajian dipaparkan dalam bentuk jadual

JURNAL 2:


Tajuk:
ANALYSES OF THE TEACHER-PUPIL INTERACTION WITHIN THE
INCLUSIVE CLASSROOM-CASE STUDY OF A CHILD WITH A COCHLEAR IMPLANT

Abstrak:

Di dalam sekolah inklusif, kualiti pendidikan dilihat dari segi persekitaran iaitu interaksi di antara warga sekolah termasuk guru, pelajar dan rakan sebaya dengan pelajar yang menggunakan koklea implan. Guru-guru perlu mengambil berat tentang keinginan dan minat pelajar-pelajar. Malah mereka juga perlu menguruskan kelas secara fleksibel.

  • Pernyataan Masalah
1. Adakah guru-guru menggunakan kaedah tertentu untuk mengajar pelajar yang memakai koklea implan dan bagaimanakah kaedah tersebut boleh berubah bergantung kepada kehendak individu?

2. Mengkaji hubungan interaksi sosial di antara guru dengan pelajar yang menggunakan koklea implan.

3. Adakah sekolah menggunakan sebarang pendekatan berhubung dengan keperluan pelajar?

4. Adakah pelajar yang menggunakan koklea implan menerima layanan yang sama seperti pelajar lain?

5. Adakah guru mempunyai kecekapan untuk memberi respon terhadap keperluan pelajar yang menggunakan koklea implan di dalam kelas inklusif?

6. Kaedah pengajaran yang manakah yang sesuai digunakan di dalam proses pengajaran untuk pelajar yang memakai koklea implan?

  • Sampel dan setting kajian
- Para pelajar lelaki berumur 12 tahun pada tahun pertama yang menggunakan koklea implan. Kajian ini dilakukan di sekolah Dimo Hadzi Dimov.

  • Prosedur melakukan kajian tindakan
- Pengkaji menggunakan kaedah tiga segi iaitu mendapatkan sumber-sumber maklumat, kajian, teori, dan persoalan metodologi

  • Pengumpulan dan analisis data
- Data dikumpul dengan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji menggunakan video untuk memerhatikan pengurusan kelas dan pelajar. Pemerhatian juga dilakukan ke atas interaksi di antara guru dan pelajar.

-Hasil dapatan kajian dipaparkan dalam bentuk graf.



JURNAL 3:

Tajuk: HELPING STUDENTS TO ADD DETAIL AND FLAIR TO THEIR STORIES

Abstrak:

Kajian tindakan yang dilakukan di dalam kajian kes ini adalah untuk mengukur keberkesanan strategi penulisan yang direka untuk menambah gambaran di dalam cerita-cerita. Ianya dilakukan ke atas 3 orang pelajar yang mempunyai kesukaran dalam penulisan di mana dua orang telah dikenalpasti mempunyai masalah pembelajaran dan seorang lagi masih di dalam proses penilaian. Pengarang telah menggabungkan penggunaan strategi pembangunan kendiri (self-regulated strategy development) beserta dengan penggunaan perkataan secara visual dan lisan (visual and verbal, V&V) yang dikemukakan oleh N.Bell. Ianya bertujuan untuk mencungkil maklumat di dalam penulisan pelajar. Walaupun strategi V&V yang direka oleh Bell adalah untuk teknik pemahaman pembacaan, hasil dapatan kajian menunjukkan ia mampu meningkatkan penulisan pelajar apabila digunakan dalam penyampaian gambaran yang direka oleh para pelajar untuk penulisan cerita-cerita mereka. Terdapat peningkatan pencapaian dalam panjang, bilangan cerita, bilangan gambar, dan keseluruhan kualiti penulisan pada 2 daripada 3 orang pelajar.

  • Pernyataan masalah:
-1. Bagaimanakah untuk meningkatkan kemahiran menulis cerita di kalangan pelajar yang mempunyai kesukaran menulis

-2. Bagaimanakah penambahan maklumat dan pemilihan perkataan yang lebih baik digabungkan dengan teknik lisan dan gambaran (visual) boleh mempengaruhi penulisan cerita para pelajar?

  • Sampel dan setting kajian:
- Kajian dilakukan ke atas tiga orang pelajar sekolah. Dua orang pelajar telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam pembelajaran dan seorang lagi masih di dalam proses penilaian.

  • Prosedur melakukan kajian tindakan:
1. Membina latar belakang pengetahuan

2. Melakukan perbincangan

3. Mencipta model

4. Mengingat

5. Memberi sokongan terhadap pelaksanaan

6. Pencapaian kendiri

  • Pengumpulan dan analisis data
-Data dikumpulkan melalui tinjauan dan soal selidik ke atas pelajar


KESIMPULAN:

PERSAMAAN:


Kajian yang dilakukan oleh ketiga-ketiga penulis jurnal adalah bertumpu kepada permasalahan yang berlaku di dalam bilik darjah.


PERBEZAAN:


Perbezaan yang terdapat di antara ketiga-tiga jurnal adalah dari segi:

  • Setting kajian untuk ketiga-tiga jurnal adalah berbeza di mana ada kajian yang hanya menngunakan sampel yang ramai dan ada pula kajian yang menggunakan sampel yang sedikit. Di dalam jurnal Action research in the secondary science classroom: student response to differentiated, alternative assessment, setting kajian melibatkan para pelajar sekolah tinggi dengan bilangan pelajar seramai 79 orang pada fasa pertama dan 47 orang pada fasa kedua. Manakala jurnal yang bertajuk Analyses of the teacher-pupil interaction within the inclusive classroom-Case study of a child with a cochlear implant pula menggunakan para pelajar lelaki tahun pertama sebagai sampel kajian. Ini berbeza dengan jurnal Helping students to add detail and flair to their stories di mana pengkaji hanya menggunakan tiga orang pelajar sebagai sampel kajian.

  • Perbezaan juga dapat dilihat dari segi prosedur melakukan kajian tindakan di mana ketiga-tiga pengkaji menggunakan kaedah yang berbeza.



Friday, November 6, 2009

AKTIVITI 1: REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

Terdapat beberapa model yang digunakan dalam kajian tindakan. Antaranya ialah:

1. Model Lingkaran Kemmis dan Mc.Taggart (1988)

- Model ini merupakan model yang paling ringkas. Menurut model ini kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang melibatkan empat peringkat iaitu:
1. merancang - merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti
2. bertindak - melaksanakan tindakan
3. memerhati - mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan
4. mereflek - muhasabah atau mereflek diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan ujian.

- Setelah melakukan refleksi di gelung pertama, ia membolehkan penambahbaikan dibuat pada
gelung kedua. Ia dilakukan mengikut urutan yang sama seperti pada gelung pertama.

2. Model Kolb (1984)

- Model Kolb ini digunakan untuk Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan ia diterima secara meluas di kalangan ahli akademik dan pendidik.
- Model ini menunjukkan urutan peristiwa di mana pelajar mendapat sesuatu pengalaman, kemudian mereflek ke atas pengalaman tersebut, mengeluarkan hipotesis untuk menerangkan pengalaman yang ada dan seterusnya menguji hipotesis tersebut.

3. Model Elliot


- Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.


4. Model Ebbutt

- David Ebbutt, seorang rakan sekerja John Elliott, telah mendakwa (Ebbutt, 1983a) bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut, dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama untuk dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

5. Model Proses Kajian Tindakan Deakin

- Model proses kajian tindakan Deakin adalah berbentuk pilin. Setiap kitaran terdiri daripada empat elemen iaitu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian serta penyemakan semula.




















AKTIVITI 1: TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Check out this SlideShare Presentation: Buku Kajian TindakanView more presentations from dpliukm

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

Menurut buku 'Teachers Doing Research An Introductory Guidebook' yang ditulis oleh R.Murray Thomas kajian tindakan merupakan satu kajian atau penyelidikan secara sistematik yang memberikan jawapan kepada sesuatu permasalahan. Ia bertujuan untuk membimbing pembuat keputusan dalam menilai tentang bagaimana untuk mengendalikan sesuatu permasalahan atau kesukaran yang berkait dengan pengajaran.


- Menurut buku action research yang ditulis oleh Patrick J.M Costello pula kajian tindakan adalah suatu terma, proses, persoalan, dan pendekatan, yang mana ianya adalah fleksible dan berulang.

- Ianya adalah praktikal dan memberi penekanan kepada penyelesaian masalah.


- Dijalankan oleh individu, golongan professional dan para guru di mana melibatkan kajian yang sistematik serta mempunyai refleksi yang kritikal.


- Tindakan yang di ambil adalah untuk memahami, menaksir, mengubah dan memperbaiki amalan dalam pendidikan.


-Melibatkan pengumpulan dan penganalisisan data dari aspek pengajaran dan pembelajaran.


-Refleksi secara kritikal dibuat untuk melihat tindakan yang di ambil dan merancang tindakan susulan di masa hadapan.

Secara kesimpulannya, persamaan di antara kedua-dua definisi di atas ialah kajian tindakan merupakan satu kajian yang memberikan penyelesaian kepada sesuatu permasalahan dan ia memberi fokus dalam permasalahan yang berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Pembuktian sokongan

Definisi kajian tindakan di atas disokong oleh Zora Jachova dan Aleksandra Karovska (2009) di dalam jurnal yang bertajuk Analyses of the teacher-pupil interaction within the inclusive classroom-case study of a child with a cochlear implant’ di mana beliau menyatakan bahawa kajian tindakan adalah kajian yang dilakukan oleh seorang atau lebih individu atau kumpulan dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mengumpulkan maklumat dengan tujuan untuk memperbaiki amalan masa kini.