Terdapat beberapa model yang digunakan dalam kajian tindakan. Antaranya ialah:
1. Model Lingkaran Kemmis dan Mc.Taggart (1988)
- Model ini merupakan model yang paling ringkas. Menurut model ini kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang melibatkan empat peringkat iaitu:1. merancang - merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti
2. bertindak - melaksanakan tindakan
3. memerhati - mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan
4. mereflek - muhasabah atau mereflek diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan ujian.
- Setelah melakukan refleksi di gelung pertama, ia membolehkan penambahbaikan dibuat pada
gelung kedua. Ia dilakukan mengikut urutan yang sama seperti pada gelung pertama.
2. Model Kolb (1984)
- Model Kolb ini digunakan untuk Teori Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dan ia diterima secara meluas di kalangan ahli akademik dan pendidik.- Model ini menunjukkan urutan peristiwa di mana pelajar mendapat sesuatu pengalaman, kemudian mereflek ke atas pengalaman tersebut, mengeluarkan hipotesis untuk menerangkan pengalaman yang ada dan seterusnya menguji hipotesis tersebut.
3. Model Elliot
- Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.
4. Model Ebbutt
5. Model Proses Kajian Tindakan Deakin

No comments:
Post a Comment